Friday, September 19, 2008

MaJLis BeRbuKa PuaSa

Pada hari Khamis, 18 September 2008, SKBTM telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Segala persediaan untuk memasak telah dilakukan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Ramai ibubapa yang hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.

Friday, September 12, 2008

PeNdiDiKan SeNi ViSuaL (TaHuN 2)

Antara kegiatan-kegiatan seni yang telah saya ajarkan kepada murid-murid tahun 2 adalah seperti:
Semasa proses P&P untuk kelas 2 Bestari, para pelajarnya kelihatan begitu teruja untuk menghasilkan origami ikan tersebut. Mereka begitu kreatif membuat corak pada badan ikan yang mereka hasilkan.



Kegiatan kedua yang dilakukan ialah menggambar. Murid-murid dikehendaki menghasilkan gambaran kura-kura dengan menngunakan teknik kolaj iaitu mengoyak dan menampal kertas pada imej kura-kura.



Kegiatan mencorak dan rekaan juga telah dibuat oleh pelajar-pelajar 2 Bestari dengan menggunakan teknik renjisan.



Pada minggu ke-enam, murid-murid tahun 2 telah diajar untuk membuat boneka tangan dalam kegiatan membentuk dan membina. Setelah selesai menyiapkan tugasan, murid-murid kelihatan seronok untuk memainkan boneka tangan masing-masing.



Minggu ini pula murid-murid telah didedahkan kepada kegiatan menggambar dengan menggunakan teknik gurisan untuk membuat bingkai gambar.


Kegiatan seterusnya yang dilakukan oleh para pelajar tahun 2 ialah membuat rekaan untuk susunan berselang-seli ataupun susunan batu-bata. Kegiatan ini adalah dalam bidang membuat corak dan rekaan.



Penanda buku dalam kegiatan menggambar telah dibuat pada minggu ke-11.


Minggu berikutnya, pelajar-pelajar telah diajar untuk membuat topeng mata unuk majlis hai jadi. Kegiatan ini adalah dalam bidang membentuk dan membina.

Wednesday, September 3, 2008

PeNdiDiKaN SeNi VisUaL (TaHuN 3)

Kegiatan pertama yang dilakukan oleh murid-murid tahun 3 ialah membuat corak tidak terancang dengan menggunakan teknik tiupan warna. Kemudian hasil corak ini dijadikan beg kertas dalam kegiatan membentuk dan membina.
Murid-murid ini begitu bersemangat dan teruja untuk memnghasilkan beg kertas masing-masing. Walaupun pada awalnya, murid-murid ini begitu sukar untuk mengikut langkah demi langkah dalam penghasilan beg kertas ini, namun atas penerangan dan tunjuk cara yang dilakukan berulang kali oleh saya, akhirnya semua murid dapat menyiapkan beg kertas masing-masing. Saya pun turut gembira. Hehehe!!!




Minggu berikutnya, kegiatan membuat model gajah menggunakan plastesin pula diajar kepada murid-murid tahun 3. Kegiatan ini boleh dikategorikan dalam dua bidang iaitu membentuk dan membina juga bidang Kraf Tradisional, penghasilan tembikar menggunakan teknik picit.





Untuk bidang Kraf Tradisional pula, murid-murid ini telah menghasilkan anyaman kelarai mata bilis. Murid-murid perlu menghasilkan anyaman ini untuk digunakan semasa aktiviti seni minggu berikutnya.






Daripada kegiatan minggu lepas, murid-murid tahun 3 menghasilkan pula rupa ikan dengan berlatarbelakangkan anyaman yang telah dibuat.




Seterusnya, mereka diajar pula untuk membuat mobail daripada kegiatan origami. Origami berbentuk angsa dihasilkan dan ianya dijadikan sebagai mobail yang boleh digantungkan.




Kegiatan seni yang seterusnya ialah menghasilkan penanda buku. Untuk murid tahun 3, mereka menghasilkan penanda buku berbentuk kucing.




Dua minggu sebelum saya menamatkan latihan praktikum saya di sekolah ini, saya telah mengajar murid-murid ini untuk menghasilkan topeng mata dalam bidang membentuk dan membina. Daya kreativiti mmereka terserlah apabila menghasilkan pelbagai topeng mata mengikut kreativiti mereka sendiri.

Saturday, August 30, 2008

KeLaS PeNdiDiKaN JaSMani

Saya mengajar kelas3 Dedikasi untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Murid-murid kelas ini berasa seronok setiap kali mengikuti kelas Pendidikan Jasmani kerana mereka dapat bermain permainan kecil seperti 'Belalang Belatuk', Pukul Berapa Datuk Harimau, Pundi Kacang Beracun dan sebagainya.
Tetapi tidak dapat dinafikan semasa proses P&P berjalan terdapat juga 2 3 orang pelajar yang tidak mahu mendengar kata dan bermain sendiri. Setelah dipujukd an diberi kata 2, barulah mereka sama-sama menyertai rakan-rakan yang lain. Hoorey!!! Berjaya gak den pujuk nooo!!! Pada 28 Ogos 2008 merupakan aktiviti Pendidikan Jasmani yang terakhir saya bersama mereka memandangkan selepas ini akan menjelang bulan Ramadhan. So... pada hari ini, saya dan para pelajar saya bermain dan melakukan aktiviti Jasmani dengan penuh keseronokkan dan kegembiraan... Yahooo!!! Hidup PJ!! Hidup En. Othman. Rindu pulak kat dia...Hehehe!!!

Wednesday, August 20, 2008

SamButAn BuLaN KemeRdeKaAn



Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada 01 Ogos 2008. Ianya telah dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah Bandar Tasek Mutiara'.

Pelbagai aktiviti telah diadakan bersempena dengan bulan kemerdekaan ini. Antaranya pertandingan permainan futsal dan bola jaring. Pertandingan melukis dan mewarna poster kemerdekaan, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan sebagainya.

Monday, August 4, 2008

PeRkHemAhan UniT BeRuniFoRM

Perkhemahan Unit Beruniform untuk sekolah ini baru pertama kali diadakan. Murid-murid yang mengambil bahagian dalam perkhemahan, begitu teruja dan seronok mengikuti perkhemahan ini.
Perkhemahan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam... Penat giler kami.. 24 jam bekerja kecuali time tidoq la...Tapi tu pun keje gak kan. Hehehe!!!
Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti ujian simpulan dan ikatan, ujian memasak dan ujian kawad kaki.
Macam-macam ragam dan gelagat pelajar-pelajar ini dapat dilihat bila mereka dapat melepak, tidur dan makan bersama-sama rakan.



Hubungan yang terjalin antara saya dan pelajar-pelajar, rakan-rakan sepraktikum serta guru yang terlibat dengan perkhemahan unit beruniform ini semakin mesra.... Cewah2!!! Hehehe!!!


Saturday, July 26, 2008

PrOGRaM BeRsAMa GuRu PrAKtiKuM

Pada hari Sabtu 26 Julai 2008, saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain telah mengadakan program untuk pelajar-pelajar sekolah SKBTM. Program ini berbentuk kuiz pengetahuan am berpandukan tayangan slaid dan pertandingan membuat arca mudah. Semua murid mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Friday, July 25, 2008

BuLaN KeCeRGaSan

Pada setiap hari Jumaat akan diadakan aktiviti senamrobik pada waktu pagi bersempena bulan Julai dipilih sebagai Bulan Kecergasan. Saya dan rakan-rakan praktikum yang lain terlibat dalam aktiviti senamrobik ini.

Friday, July 18, 2008

MiNgGu BaHaSa InGGeRis


Pada minggu ke-3, saya menjalani praktikum telah diadakan program Minggu Bahasa Inggeris. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti pertandingan bercerita, 'Choral Speaking', kuiz dan juga nyanyian.

Friday, July 4, 2008

MenJaLaNi LatiHaN PRaktiKuM di Sek. BaNDaR TaSeK MutiARa

Bermula pada hari Selasa 01 Julai 2008, saya memulakan tugas saya sebagai guru pelatih di sekolah SKBTM. Hari pertama persekolahan berjalan lancar walaupun pada mulanya saya berpendapat boleh ke saya mengajar kanak-kanak ini???
Matapelajaran yang diberikan kepada saya adalah mengikut opsyen saya iaitu Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.